Monthly Archives: March 2012

Mesej buat menteri – Kes Simbah Asid

Wahai menteri-menteri yang bertanggungjawab. Sila baca kalau anda dah terklik pada post ini.

Please do something! Pengajian Malaysia saya tak power, jadi saya tak tahu apa proses lengkap untuk gubal undang-undang baru. Tapi tolonglah gubal undang-undang baru!

Sekiranya tertangkap mereka yang menyimbah asid ini, tolong kerat kaki dan tangan mereka. Kalau boleh, buat round chop dekat dahi, “Kami Bekas Penjenayah Asid!”.

Bangsat betul.

Continue reading

Advertisements

Halangan Untuk Berjaya

Terbaca blog Shahabudeen Jalil mengenai halangan untuk berjaya.
  1. Halangan Dunia Sebenar
  2. Halangan Ciptaan Sendiri

Nak tergelak aku bila terbaca “Anda berusia 80 tahun dan bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak professional“. HAHA. But, yes! Make sense. Itu halangan dunia sebenar.

Halangan ciptaan sendiri yang susah nak bendung. Hampir semua orang mengidam nak bekerja sendiri dari rumah. Tapi bila bekerja dari rumah, bukan mudah pulak nak fokus. Kang tertengok Cinta Fitri, melekat pulak depan TV. Tengok pulak Supernatural, Merlin, CSI, NCIS, Rookie Blue, memang tak jadi kerja la. Belum lagi cerita ter”bukak” facebook member-member. ๐Ÿ˜›

Business is hard. I’m still trying. Hopefully, I won’t give up.

Thanks to Shahabudeen Jalil for the inspiring blog post.

Anda perlu sentiasa kawal input yang anda bawa masuk ke dalam diri anda. Ini termasuk blog yang anda baca, rancangan tv yang anda tonton dan surat khabar yang anda baca. Adakah semua ini membantu untuk mencapai apa yang anda inginkan?

Jika ia tidak membantu, tinggalkan serta merta.

– Shahabudeen Jalil

Adat salam berisi

Adat menghulur. Sepatutnya menghulur ni ikhlas. Penerima pulak jangan banyak songeh.

Tapi sekarang, hulur menghulur ni dah jadi terpaksa. Kalau pergi kenduri, tak hulur duit dalam sampul, muka tuan rumah jadi ketat. Hilang terus budi pekerti adat Melayu bila bersabit dengan duit.

Kesian pakcik-makcik yang kerja kampung. Dah la kampung segala jenis kenduri ada. Kenduri kahwin, tunang, tahlil, cukur jambul. Even anak sorg bersunat (khatan) pon siap kenduri pasang khemah. Ada khemah, wajib la al-maka kena “menghulur”.

Even sambut birthday pon orang nak kena hulur sekarang. Karut betul.

Just imagine, pakcik yang kerja kampung, income RM400 sebulan, seminggu ada 5 jemputan. Sekali pergi paling koman RM10. Tak kopak orang tua tu? Kalau bagi RM5, muka ketat pulak bila berselisih kat pasar malam. Lebih hebat, jadi buah mulut umpat-mengumpat dekat kenduri orang lain. Nak mengumpat, dekat kenduri tahlil pon jadi. Adat apa ni?

Istilah “makan nasik minyak free” memang dah tak relevan. Sungguh!

Pakcik makcik aku sendiri, seminggu sampai ada 7 kenduri nak kena attend. Kalau tak datang, jadi buah mulut orang. Kalau datang salam kosong, pon jadi buah mulut orang. Lepas tu ungkit mengungkit,

“Dulu dia jemput aku, aku salam RM100. Dia salam aku RM10 je?”

Tak pun, “Dulu aku jemput dia tak datang. Ni kenduri dia jemput malas aku nak datang.”

Allah… Macam ni gelar diri Melayu Islam? Adat apa ni?

Syarat nak beli rumah

Saya nak cerita sikit je dulu pasal syarat nak beli rumah.

Saya berniaga, terus terang. Sebab saya tak suka berselindung, trick sana kelentong sini, in the end, semua dapat susah.

Continue reading

Fokus – Sistematik

Peace be upon you.

Fokus! Zaman sekolah untuk buat karangan, cikgu akan paksa kitaย write down isi dulu. Kemudian, buat satu pendahuluan, kemudian elaborate 4 hingga 6 isi tadi. Akhir sekali baru buat penutup.

Sekarang aku nak buat hidup dan kerja aku macam karangan zaman sekolah. Mana lah tahu boleh fokus lebih sikit dan lebih teratur.

Simpan plan dalam kepala otak memang bersepah la plan gamaknya.

Panik sekejap dimaki

Peace be upon you.

Lately, agak ramai juga yang call bertanyakan rumah dekat Bandar Nusa Rhu, Shah Alam. Dah ada orang nak view, baru la call masuk bertubi-tubi. Cuma sayangnya, saya cuma ada satu rumah untuk dijual di sana. Kalau ada nak jual, halo-halo la ye. ๐Ÿ˜›

Lepas jadi negotiator ni, makin ramai jumpa orang. Perangai manusia zaman sekarang yang suka maki hamun tak tentu pasal ni, kadang-kadang melemaskan juga.

Satu malam tak tidur, siapkan paperwork. Bangun pagi, orang call bersoal jawab. Ok lah. Normal thing. Tengah hari baru nak suap nasik, dapat call maki hamun, dituduh letak banner tanpa authorization.

Terus get shaking kot. HAHA. Terus call bos, tanya balik pasal property tu. Rupanya building tu share dua orang. Salah sorang disagree to appoint us. So malas nak bertekak, remove banner. Lupakan je. Anggap takde rezeki. Cuma dapat maki free yang tak sedap tu.

Esok prospect dah confirm nak jumpa pukul 4.30pm untuk rumah di Bandar Nusa Rhu. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau takde, takpe lah. At least tambah kenalan, tambah pengalaman.

Experience… Priceless…