Monthly Archives: April 2012

Kos-kos lain untuk beli rumah

Aku pun mula-mula sakit kepala nak faham. Bank dengan ayat confusing memang benda biasa. Nak trap client. Kenapa perlu trap2 ni? Kalau jujur tak boleh carik makan?

Begini. Macam dalam post “syarat membeli rumah” sebelum ni, ada ringkasan mengenai kos yang diperlukan.

10% memang tak cukup!

Downpayment atleast 10% dari harga rumah. Legal fee pulak ada dua jenis.

Legal fee untuk loan processing, vs Legal fee untuk Sale and Purchase agreement.

Kalau bank atau developer offer FREE LEGAL FEE + STAMPING, please ask them to clarify, natang legal fee mana yang free.

Satu lagi kos, valuation fee. Make sure fee tu waive, atau absorb masuk dalam loan, atau kena bayar cash.

Ok? Sekian

Ini cakap betul

Pagi call client, janji nak jumpa. Bila call tak angkat. Yeah!

Janji jumpa client lain pukul 2.30pm, bila aku sampai, client takde. Aku balik kena blame. Yeah!

Petang jumpa client lagi sorang. Nasib baik muncul. Alhamdulillah…

Balik, ada client lain call, tanya pasal satu rumah ni. Aku cerita harga dan segala kos mak nenek, dan dia kelihatan berminat. Kemudian dia bercerita, dia nak beli untuk disewakan. Kemudian dia tanya pasal sewaan di situ. Aku jujur bagitau, agak susah nak carik tenant, sebab tempat masih baru dan belum ramai orang…

Maka dia jadi tidak berminat, dan berfikir-fikir dahulu sebelum membuat keputusan…

Takpe aku jujur, tapi tak dapat duit. Kalau takde rezeki yang itu, ada rezeki yang lain. Kalau aku jadi YES MAN, nanti kalau susah carik tenant, aku sendiri yang kena maki. Dan aku tak suka dimaki!

Atasi Rasa Kecewa

Bukan mudah nak mengatasi rasa kecewa. Aku juga sedang kecewa.

Gagal gagal dan gagal.

Sesiapa ada ayat perangsang, ayat motivasi yang bagus, kongsi lah.

Bila hidup bergelumang dengan kegagalan, bukan mudah nak atasi rasa kecewa.

Habis nutrien, tahi dibuang

Hidup ni memang teruk. Teruk disebabkan manusia juga.

Memang adat orang berniaga. Ada untung, ada rugi. Bila kita entertain client bagai nak rak, paling tidak bukanlah mengharap sangat dihargai disanjung tinggi. No!

Just… Paling tidak, kalau call angkat la. Kalau SMS, balas la. Kalau tak nak, cakap tak nak. Jangan la buat bodoh je. Dah la orang macam kami ni kerja takde gaji, makan komisen semata-mata.

Ada sesetengah ejen, marah-marah bila dah entertain, bawak site visit etc, tapi tak beli.

Tapi aku cuba jadi ejen sebaik mungkin. Sekali pon tak pernah marah-marah. Cuba bagi yang terbaik. Bebas tipu, bebas trick.

Kena pancung dengan ejen lain pulak toksah cerita la…

3 hari sebelum, mesej bagai nak rak. 3 hari selepas, bila mesej boleh pulak dah tak kenal. Jangan la macam tu kawan… Kalau tak dapat jadi client pon, jangan la sampai macam tu…