Monthly Archives: October 2012

Ini Fakta – Mengenalpasti Jantina Di Instagram

Ini Fakta Instagram!

Soalan: Bagaimana mengenal pasti jantina pengguna instagram sekiranya mereka menggunakan nickname yang tidak dapat dikenalpasti jantinanya?

Soalan balas: Berapa nisbah atau peratusan gambar makanan berbanding gambar lain?

Jawapan balas: Dalam 4:5 atau 80%?

Jawapan muktamad: Perempuan

Posted from WordPress for Android

Ini Bodoh – Remaja Bodoh Cangkung Di Kubur

Ini Bodoh!

Tak kisah lah kubur tu kubur siapa, beragama apa, berbangsa apa, bercangkung atas kubur orang lain adalah biadap, bodoh, lagi kurang ajar.

Mana common sense kamu? Kamu rasa kelakar atau cool barangkali?

Bila takde tetek, tipu diri sendiri cuba jadi laki. Transformasi la konon?

Credit picture to PoliticalGags

Ini Fakta – Lelaki dan Perempuan

Ini Fakta! Hanya valid di Malaysia!

Lelaki tidak gay tidak akan dengan sewenang-wenangnya menyatakan yang mereka sayang kawan mereka yang berjantina lelaki juga. Perempuan tidak akan rasa malu untuk mengaku yang mereka sayang kawan mereka walaupun sesama perempuan.

Lelaki tidak akan pimpin tangan kawan lelaki mereka. Tidak sama sekali melainkan mereka orang Nepal. Aku tak tau kejadahnya mat Nepal pimpin tangan sesama lelaki. Sangatlah tidak cool. Perempuan pula kalau pergi pasar pon nak pimpin tangan sesama perempuan. Usahlah dikejadahkan. Itu lumrah.

Tetapi,

Lelaki kurang berminat mendengar muzik dari artis perempuan. Perempuan pula kaki henjut. Lagu laki ke perempuan ke mesti suka. Untung menjadi artis lelaki hensem, walau suara serupa pepuru, tatap menjadi pujaan wanita.

Sebab tu lah banyak band indie lelaki. Nak impress perempuan lah kot. Nak jadi artis lah. Boleh?

Ini Bodoh – Ejaan Rasa Comel

Ini Bodoh!

“Wlu apew pn aq buad, sme nyew ta kna dmata die lha. Rsew cm na mapus.” – Kenapa tak mampus je?

Sekian

Ini Artis – Emma Maembong Minta Maaf

Ini Artis. Mode: Santai

Emma Maembong minta maaf kepada peminat.

Kenapa minta maaf? Sebab kontroversi gambar peluk dan cium boyfriend. Menurut beliau “Emma minta maaf atas kisah silam Emma”. Sekali lagi. Kenapa minta maaf?

You did nothing wrong with your fans. Peminat nak frust menonggeng pasal hang dah ada boyfriend tu lantak depa la. Abang pon ada sikit frust. But I’m cool Emma. Lulz.

Nak minta maaf untuk kesalahan silam macam tu, bukan minta maaf dengan manusia ye cik adik.

Teori Azri: Kenapa ramai artis cantik tak bertahan lama dalam industri? Sebab mereka cantik, tapi tak berani untuk tidak seksi. Yes! Siti Nurhaliza kekal menjadi penyanyi no.1 negara sampai hari ni kerana beliau cantik dan tidak pernah menayangkan cleavage beliau untuk tontonan umum. Betis pon tak pernah nampak tahu?

Aku kolot? Pedulik apa aku.

Teori itu tidak ditujukan kepada Emma Maembong. Itu adalah kenyataan umum.

Saya ingin meminta maaf kepada Emma Maembong kerana sering terbaca Mael Lambong ketika membaca nama Emma Maembong.

Laporan asal: Beautifulnara

Ini Bisnes – Pendapatan CEO Tabung Haji RM85,000

Mode: Formal & Serius

Berkenaan dengan Pendapatan CEO Tabung Haji, Dato Ismee Ismail:-

  • Menerima gaji RM85,000 sebulan.
  • Gaji beliau adalah RM70,000 pada tahun sebelumnya.
  • Menerima bonus RM700,000 pada tahun sebelumya.
  • Ganjaran RM490,000 apabila berakhirnya kontrak.

Pelik juga kenapa pendapatan CEO RM85,000 sebulan dipertikai. Gaji untuk setahun adalah RM1.02 juta, tidak termasuk bonus. Saya pernah bekerja sebagai Akaun Eksekutif dengan sebuah syarikat berskala medium dan juga 3 anak syarikat yang tidak dikenali ramai. CEO membayar ansuran kereta sahaja menggunakan duit syarikat sebanyak RM1.2 juta setahun. Boleh bayangkan berapa pendapatan beliau setahun? Continue reading

Ini Memori – Aku dan Fotografi

Ini Memori

2007 adalah tahun permulaan trend DSLR untuk orang biasa. Sebagai seorang anti-trend, aku juga menjadi mangsa. HAHA! Ini semua salah Shahrul Hairy. Beliau yang menyebabkan aku terjebak dalam kancah fotografi. Perlahan-lahan, aku belajar teori mengenai kamera di Candid Syndrome forum, milik Saiful Nang. Kemudian forum ditukar atas sebab-sebab tertentu kepada Photoskool. Berkubur Photoskool, sekarang forum milik Saiful Nang adalah LensaMalaya.

2008, sebagai student yang tak mampu, aku beli Canon 350D. New unit, but discontinued model (pada masa tu). Walhal aku beli cheapest Canon 350D, sebenarnya itu memang diluar kemampuan. Apa jadi?

Tak sampai setahun aku pakai, aku jual balik. Sebab tak nak tambah loan PTPTN. Sempat lah ambik few jobs murah tahap dewa (pada masa tu) sebab takde pengalaman.

2011, Canon 1000D dijadikan necklace untuk ramai remaja yang rasa stylo gantung kamera di leher. Aku pulak yang malu tengok depa. Kaya pulak mak bapak belikan anak sekolah kamera sebijik.

Antara gambar favorite yang aku ambik di Pantai Kelanang, Banting – 2008

Baru-baru ni aku teman member shoot wedding. Pakai Canon 7D. Kini aku dah kemaruk balik kamera. Patutkah?