Ini Bisnes – Pendapatan CEO Tabung Haji RM85,000

Mode: Formal & Serius

Berkenaan dengan Pendapatan CEO Tabung Haji, Dato Ismee Ismail:-

  • Menerima gaji RM85,000 sebulan.
  • Gaji beliau adalah RM70,000 pada tahun sebelumnya.
  • Menerima bonus RM700,000 pada tahun sebelumya.
  • Ganjaran RM490,000 apabila berakhirnya kontrak.

Pelik juga kenapa pendapatan CEO RM85,000 sebulan dipertikai. Gaji untuk setahun adalah RM1.02 juta, tidak termasuk bonus. Saya pernah bekerja sebagai Akaun Eksekutif dengan sebuah syarikat berskala medium dan juga 3 anak syarikat yang tidak dikenali ramai. CEO membayar ansuran kereta sahaja menggunakan duit syarikat sebanyak RM1.2 juta setahun. Boleh bayangkan berapa pendapatan beliau setahun?

Pernah juga saya bekerja sebagai Pengurus Projek untuk syarikat kecil yang membuat pembangunan hartanah untuk pam minyak dan restoran makanan segera. Hanya satu bos, dan dua pekerja. Syarikat memperoleh keuntungan lebih RM1 juta setahun. Keuntungan tersebut adalah 100% milik bos. Yes! 100%.

Tabung Haji yang mempunyai 16 anak syarikat (kalau tak silap) dengan profit RM2billion setahun. Gaji CEO RM1.02 juta setahun. Tabung Haji bukan sekadar mengurus jemaah haji. Tabung Haji juga ada macam-macam bisnes lain dalam bidang Perladangan, Perbankan, Hartanah dan Pembinaan, Teknologi dan Perkhidmatan.

Memanglah penubuhan Tabung Haji untuk menguruskan jemaah haji. Tapi Tabung Haji itu sendiri ada banyak “side income”.

Mari buat perbandingan.

CEO Syarikat kecil dengan 3 anak syarikat, bayar ansuran kereta RM1.2 juta setahun. Imagine sendiri berapa pendapatan beliau untuk setahun.

CEO syarikat hartanah dan pemaju kecil, keuntungan yang 100% milik beliau adalah melebihi RM1 juta setahun.

CEO Lembaga Tabung Haji bergaji RM1.02 juta setahun, dengan tanggungjawab 16 anak syarikat dan keuntungan tahunan adalah RM2 billion setahun. Ya saya tahu RM1.02 juta itu tidak termasuk bonus dan ganjaran semasa tamat kontrak. Tapi tanggungjawab dan tugas yang dipikul adalah pasti jauh lebih berat berbanding dua lagi CEO yang dibandingkan seperti di atas.

Ada juga yang cakap “lebih baik RM85,000 sebulan tu diberi bantuan kepada orang miskin, bantuan haji kali kedua etc”.

Apa memang orang Islam professional dan kerja keras ni tak berhak untuk kaya kah? Asal banyak je duit kena bagi orang lain walaupun dah bayar zakat dan cukai? Walaupun dah beri bantuan biasiswa pelajaran etc?

Entahlah. Saya disagree dengan bos-bos saya sebelum ni sebab kedekut dan kurang ajar walaupun mereka kaya. Bukan kekayaan dia yang dipertikaikan. Tapi reward lah saya yang kerja macam nak mati. Keputusan saya, resign saja lah dari mengharap ehsan orang. Kerja makan gaji jadi Eksekutif atau Pengurus biasa sampai mati tak kaya. Kerja sendiri macam sekarang lagi miskin dari kerja makan gaji. Tapi kebebasan untuk teroka peluang dan buat apa saja tu priceless.

Maaf. Penutup dah lari tajuk.

Laporan asal: Malaysian Digest dan KedahLanie

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s