Category Archives: Ini Azri

Ini Memori – Aku dan Fotografi

Ini Memori

2007 adalah tahun permulaan trend DSLR untuk orang biasa. Sebagai seorang anti-trend, aku juga menjadi mangsa. HAHA! Ini semua salah Shahrul Hairy. Beliau yang menyebabkan aku terjebak dalam kancah fotografi. Perlahan-lahan, aku belajar teori mengenai kamera di Candid Syndrome forum, milik Saiful Nang. Kemudian forum ditukar atas sebab-sebab tertentu kepada Photoskool. Berkubur Photoskool, sekarang forum milik Saiful Nang adalah LensaMalaya.

2008, sebagai student yang tak mampu, aku beli Canon 350D. New unit, but discontinued model (pada masa tu). Walhal aku beli cheapest Canon 350D, sebenarnya itu memang diluar kemampuan. Apa jadi?

Tak sampai setahun aku pakai, aku jual balik. Sebab tak nak tambah loan PTPTN. Sempat lah ambik few jobs murah tahap dewa (pada masa tu) sebab takde pengalaman.

2011, Canon 1000D dijadikan necklace untuk ramai remaja yang rasa stylo gantung kamera di leher. Aku pulak yang malu tengok depa. Kaya pulak mak bapak belikan anak sekolah kamera sebijik.

Antara gambar favorite yang aku ambik di Pantai Kelanang, Banting – 2008

Baru-baru ni aku teman member shoot wedding. Pakai Canon 7D. Kini aku dah kemaruk balik kamera. Patutkah?

 

Ini Azri – Bajet Peribadi – Part 1

Post ini agak formal. Maka dengan itu, kata ganti nama yang sesuai adalah “saya”. Boleh?

Saya sedang menyiapkan sebuah module untuk dikongsikan dengan orang ramai. Module ini dibuat berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri pada tahun 2005 hingga kini. Module berkenaan Bajet Peribadi yang mana secara peribadi, ianya lebih penting berbanding Bajet 2013 Barisan Nasional atau Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat. Kenapa ia lebih penting?

Secara kasarnya, saya pernah menemuramah beberapa orang secara rawak, dan rata-rata akan memberikan figure pendapatan dan perbelanjaan mereka yang berkesudahan DEFICIT!

Ya! Deficit. Sama juga macam bajet kerajaan tiap-tiap tahun.

Tapi kalau peribadi, siapa yang nak tanggung deficit?

Sama ada tersalah figure, atau pinjam duit orang tak bayar. Yang pasti, sah mereka ini tidak pernah kira.

Empat kategori manusia bila bercakap soal wang iaitu:-

  1. Tidak pandai mencari dan menguruskan wang.
  2. Tidak pandai cari wang, bijak mengurus wang.
  3. Bijak mencari wang, tidak bijak menguruskan wang.
  4. Bijak mencari dan menguruskan wang.

Objektif Bajet Peribadi ini adalah untuk mewujudkan masyarakat yang celik aliran tunai.

Sekiranya berminat untuk mengetahui info lanjut, sila ikuti PART 2 yang akan di update kemudian.

Saya akan sebut mengenai Saiful Nang, Shahabudeen Jalil dan Robert Kiyosaki dalam post seterusnya.

Terima kasih

ZUL AZRI – https://iniazri.wordpress.com