Category Archives: Ini Bisnes

Ini Bisnes – Pendapatan CEO Tabung Haji RM85,000

Mode: Formal & Serius

Berkenaan dengan Pendapatan CEO Tabung Haji, Dato Ismee Ismail:-

  • Menerima gaji RM85,000 sebulan.
  • Gaji beliau adalah RM70,000 pada tahun sebelumnya.
  • Menerima bonus RM700,000 pada tahun sebelumya.
  • Ganjaran RM490,000 apabila berakhirnya kontrak.

Pelik juga kenapa pendapatan CEO RM85,000 sebulan dipertikai. Gaji untuk setahun adalah RM1.02 juta, tidak termasuk bonus. Saya pernah bekerja sebagai Akaun Eksekutif dengan sebuah syarikat berskala medium dan juga 3 anak syarikat yang tidak dikenali ramai. CEO membayar ansuran kereta sahaja menggunakan duit syarikat sebanyak RM1.2 juta setahun. Boleh bayangkan berapa pendapatan beliau setahun? Continue reading

Advertisements

Ini Bisnes – Borong Kain Bandung

Berita baik untuk akak-akak dan makcik cantik di luar sana.

Kalau nak pegi Bandung Indonesia, semata-mata nak beli kain, fikirkan balik. Nak beli tiket flight dah berapa RM? Penginapan? Makan minum? Tak takut flight terhempas ke?

Jadi kalau rasa memang nak beli kain je, baiklah beli online dengan Encik Shahrul seperti nama dan contact no. seperti di bawah.

Promosi harga potongan 56% sehingga November 2012.

Perniagaan berdaftar dengan SSM. Kalau ada penipuan, selamba je pergi Balai Polis, kasi repot ye akak cantik.

Ini Bisnes – Hartanah Nak Disewakan atau Dijual?

Anda nak jual hartanah anda dengan cepat? Maaf, saya tak boleh  bantu.

Nak jual hartanah, tapi agency fee mahal sangat? Haaa… Itu kita runding lah.

Nak lantik ejen untuk cari penyewa tanah/kedai/rumah yang dah lama kosong, tapi tak nak bayar agency fee. Eh. Jangan la macam tu bos. Kami pon cari makan juga. Promosi, duit minyak, agreement, duit letrik, tayar kereta semua nak dibayar tuan.

Kalau rasa hati nak melantik saya jadi ejen, pucuk dicita, ulam mendatang.

Terima kasih 🙂