Category Archives: Ini Malaysia

Ini Malaysia – Bajet 2013 Yang Menyihatkan

Hai rakyat Malaysia! Anda pasti gembira dengan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kita yang cool dan sempoi pada beberapa hari yang lepas.

Pedulikkan angka juta-juta yang tiada kaitan dengan golongan marhain seperti kita. Yang penting kita harus bersyukur dengan BR1M 2.0 another one-off payment yang akan kita terima tidak lama lagi. Dan lebih menggembirakan golongan bujang, kerajaan akan memberikan RM250 kepada mereka. Moga dapat mengurangkan beban mereka untuk berdepan dengan kadar kenaikan kos perkahwinan yang jauh lebih tinggi dari kadar inflasi di Malaysia. Kami sebagai rakyat yang sentiasa bersyukur, sudah bersedia malah gembira untuk mendengar taklimat pada hari penyampaian bantuan dari kerajaan itu nanti.

Lebih menggembirakan, perkara terpenting dalam kehidupan seharian iaitu smartphone juga diberikan nafas oleh kerajaan yang mana, kerajaan akan memberikan rebate RM200 untuk pembelian telefon pintar untuk golongan muda 30 tahun dan ke bawah. Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim juga telah memohon untuk menaikkan umur golongan penerima RM200 rebate itu kepada 40 tahun. Rakyat didahulukan!!! Terima kasih! Moga tindakan YB akan dapat membuka hati 22,270 rakyat yang berhimpun semasa perhimpunan Bersih yang lepas.

Pesara-pesara tentera tidak lagi perlu menunjukkan punggung di khalayak ramai untuk bersenam dan berniaga dihadapan rumah orang. Mereka kini telah menerima kenaikan pencen dan pelbagai insentif tidak terkira yang diberikan oleh kerajaan. Hak anda terjamin! No more buttshow! Tahniah! Rakyat didahulukan.

Berkenaan dengan pengurangan subsidi gula sebanyak 20sen, saya amat yakin tindakan ini dapat mengurangkan kadar pengidap penyakit kencing manis di Malaysia. Seperti yang dikhabarkan oleh Pengarah KPDNKK Abu Samah Shabudin, ramai pengguna memesan minuman kurang manis, seperti gambar di bawah:-

Rakyat Malaysia bukan sahaja telah celik ekonomi, malah juga celik kesihatan. Kerajaan tidak perlu bersusah payah mengeluarkan kos pengiklanan semata-mata untuk melaksanakan kempen kesihatan. Malah, kerajaan dapat menjimatkan wang untuk pengiklanan, dan pada masa yang sama kerajaan mengurangkan subsidi untuk gula. Its a double profit!

Untuk bajet 2014, diharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk mengurangkan subsidi minyak masak, beras, dan tepung. Ini kerana minyak penyumbang kepada kolestrol dan sakit jantung, beras dan tepung menyumbang kepada rakyat buruk lantak, yang mana secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada kenaikan obesiti. Maka, kerajaan harus mengurangkan subsidi untuk 3 barang tersebut, sekiranya hendak melakukan kempen free with double profit!