Category Archives: Personal

Ini Bisnes – Borong Kain Bandung

Berita baik untuk akak-akak dan makcik cantik di luar sana.

Kalau nak pegi Bandung Indonesia, semata-mata nak beli kain, fikirkan balik. Nak beli tiket flight dah berapa RM? Penginapan? Makan minum? Tak takut flight terhempas ke?

Jadi kalau rasa memang nak beli kain je, baiklah beli online dengan Encik Shahrul seperti nama dan contact no. seperti di bawah.

Promosi harga potongan 56% sehingga November 2012.

Perniagaan berdaftar dengan SSM. Kalau ada penipuan, selamba je pergi Balai Polis, kasi repot ye akak cantik.

Advertisements

Ini Islam – Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Zaman sekolah rendah, cikgu/ustazah/ustaz pesan, BERGERAK TIGA KALI membatalkan sembahyang.

Selalu juga bila sembahyang, masa tu barulah hidung mata telinga nak gatal. Maka pergerakan yang bukan pergerakan solat perlu ditahan dalam tempoh 4 rakaat. Jadi setiap dua rakaat hanya boleh bergerak sekali, walaupun menggigil tak tahan nak menggaru hidung yang gatal.

Malam ni terbaca post baru dari ustaz Zaharuddin. Menurut article tersebut, ianya berkaitan dengan tamakninah. Menurut mazhab Syafie, tamakninah tidak dapat disempurnakan kecuali dengan menahan diri dari pergerakan besar.

Ha? Pergerakan besar? Ada kecil besar ke?

Yes brader. Dan menurut Imam An-Nawawi, terdapat 4 kategori besar atau kecil:-

  1. KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.
  2. KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.
  3. KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat. BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.
  4. KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai

Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.

Untuk bacaan lanjut yang lebih detail dan formal, sila rujuk Zaharuddin.NET.

Kesimpulan: Saya kini yakin untuk menggaru hidung sekiranya gatal ketika solat, tanpa rasa was-was.

Ini Aneh – Buku yang dibaca tak habis-habis

Aku seorang ulat buku. Syaratnya buku mestilah berkisar tentang duit atau motivasi bisnes. Buku formal education aku mintak ampun.

Buku yang aku baca ni menarik. Tapi sampai hari ni tak habis-habis baca. Pelik juga.

Buku tidaklah tebal sangat. Kecik je kot.

“Cashflow Quadrant” – Robert T. Kiyosaki

Buku Rich Dad Poor Dad aku habiskan dalam masa satu hari. Buku Cashflow Quadrant ni dah lebih dua minggu aku baca tak habis-habis kejadahnya.

Ini Cadangan – Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya Di Pindahkan

Malam tadi aku pergi ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya untuk hantar sedara-mara untuk menunaikan haji.

Parking susah gila. Parking berbayar RM4.00 per entry. Kejadahnya RM4.00 go to hell la bro. Aku sanggup jalan kaki jauh, dan parking di celah-celah perumahan kamu tahu?

Anyway, lokasi Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada hemat aku dah tak sesuai sebab:-

  1. Celah-celah rumah orang. Every year penduduk perumahan yang banyaknya Cina dan India kena berdepan dengan masalah parking merata-rata dek orang ramai, termasuklah aku. Luckily, depa tolerate sebab 1Malaysia Sebangsa, Senegara, Sejiwa. (he he he)
  2. Orang pergi haji sekarang naik flight dari KLIA. Kalau dulu orang pergi dari Subang Airport. Sekarang dah fly dari KLIA, kejadahnya masih buat di Kelana Jaya. Berlambak tanah kosong dekat Sepang tu. Kalau takde, aku listing tanah untuk dijual area sana. Mau?

Satu lagi yang aku tak paham dengan perangai orang Islam yang mostly orang Melayu yang maha hebat lagi bertamadun ni, bila petugas buat announcement, hangpa boleh tolong diam kejap tak? Macam langau! Rimas aku.

Perlu ada satu sistem untuk mengurangkan kehiruk-pikukan dan kecelaruan masa proses jemaah haji nak masuk ke tempat berlepas.

Ini Kenapa? – Wrong timing & place

Ini kenapa?

Dalam banyak2 masa, masa untuk otak berfikir secara aggressive mesti pada masa yang salah.

Time nak tido lah, time driving la, berak.etc. How to overcome heh?

Ini Idea – Idea untuk menambah baik sistem repot di Balai Polis PDRM

Kalau-kalau lah ada menteri terbaca. Atau mungkin KPN atau kakitangannya.

Saya ada idea untuk menambah baik sistem pengambilan repot, dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Berdasarkan kes yang saya sendiri baru saja lalui, SUSPEK membuat repot polis, tanpa polis dapat kesan yang no kad pengenalan suspek adalah palsu.

Ini mencalarkan imej PDRM.

Kalau terbaca, atau rasa nak dengar apa saya nak cakap, boleh lah hubungi saya dengan apa-apa cara sekali pon.

Terima kasih

9/11 Kemanusiaan yang membodohkan aku

Semalam adalah tragedi 9/11 buat aku.

Seorang lelaki berbangsa India, datang dekat dengan aku dengan muka satu sen sambil nak menangis. Kisahnya, dia nak interview kerja dekat Jusco Bukit Tinggi, end-up, wallet kena cilok dalam bas.

Datang jauh dari Ipoh, nak interview kerja, end up kena rompak. Nak buat kad ATM nak cucuk duit, kena ada MyKad. Nak buat MyKad baru, kena bayar denda dulu. Maka dia merayu dengan aku nak pinjam RM850.

Kesian punya pasal, sebab secara kebetulan, aku pernah rasa situasi macam tu. Bezanya aku dilayan macam anjing. Aku sedar yang dia ni, boleh jadi juga penipu. Tapi atas dasar kemanusiaan, aku bagi RM150. Dan itulah dia sifat  kemanusiaan yang membodohkan aku. 

Cuma persoalannya dekat sini, macamana dia punya berani suruh ambik gambar dia, & ciplak police report. Gila punya kesalahan besar kot tipu police report? Dengan Tesco tu CCTV bersepah.

Nama: Subramaniam A/L Ramakrishnan

No KP: 830614-08-6569 <– Ini dari forum LowYat.NET| 830910-08-6569 <– Ini dari Police Report dalam gambar di atas.

Alamat: 24, Jalan Taman Silibin 2, 31000 Ipoh

010-3653117 / 016-9854652

Untuk menampakkan lagi bertapa tragisnya hidup dia, dia buat police report pada “birthday” dia yg dia adjust sendiri pada no MyKad dia. So please, jangan ada lagi yang kena tipu.

Kejadian berlaku di Tesco Bukit Tinggi Klang. Marilah bersama-sama menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri. Sebab tu US adalah negara yang berjaya.

Update 13/9/2012 @ 3.12am – Aku dah realize kesilapan pada police report tu. SALINAN SAH, tapi dekat bawah ada signature original.