Tag Archives: Aliran Tunai

Ini Azri – Bajet Peribadi – Part 1

Post ini agak formal. Maka dengan itu, kata ganti nama yang sesuai adalah “saya”. Boleh?

Saya sedang menyiapkan sebuah module untuk dikongsikan dengan orang ramai. Module ini dibuat berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri pada tahun 2005 hingga kini. Module berkenaan Bajet Peribadi yang mana secara peribadi, ianya lebih penting berbanding Bajet 2013 Barisan Nasional atau Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat. Kenapa ia lebih penting?

Secara kasarnya, saya pernah menemuramah beberapa orang secara rawak, dan rata-rata akan memberikan figure pendapatan dan perbelanjaan mereka yang berkesudahan DEFICIT!

Ya! Deficit. Sama juga macam bajet kerajaan tiap-tiap tahun.

Tapi kalau peribadi, siapa yang nak tanggung deficit?

Sama ada tersalah figure, atau pinjam duit orang tak bayar. Yang pasti, sah mereka ini tidak pernah kira.

Empat kategori manusia bila bercakap soal wang iaitu:-

  1. Tidak pandai mencari dan menguruskan wang.
  2. Tidak pandai cari wang, bijak mengurus wang.
  3. Bijak mencari wang, tidak bijak menguruskan wang.
  4. Bijak mencari dan menguruskan wang.

Objektif Bajet Peribadi ini adalah untuk mewujudkan masyarakat yang celik aliran tunai.

Sekiranya berminat untuk mengetahui info lanjut, sila ikuti PART 2 yang akan di update kemudian.

Saya akan sebut mengenai Saiful Nang, Shahabudeen Jalil dan Robert Kiyosaki dalam post seterusnya.

Terima kasih

ZUL AZRI – https://iniazri.wordpress.com

Advertisements