Tag Archives: Ini Azri

Ini Movie – Preview Sepah The Movie, Sepah dan Anzalna

Selepas penat memerah otak untuk siapkan business plan untuk PUNB Biz Plan Challenge 2012, tetiba Shahroll ajak tengok preview Sepah The Movie dekat eCurve Cineplex.

Bakal ditayangkan pada 29 November 2012.

Anda harus tonton cerita ini sekiranya anda meminati Kumpulan Sepah.

Anda wajib menonton cerita ini sekiranya anda AnzalnaFag seperti saya. (WTF guna terms macam iFag?)

Sepah The Movie adalah PG13. Mungkin sebab lelaki yang tidak matang berisiko/berpotensi untuk meminum racun bila melihat scene Suib mengelap air mata Anzalna. HNGHHHHHGHHHHHHHGHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Tak sesuai untuk aku ulas sebenarnya, memandangkan aku bukan peminat genre romantik dan komedi. Dah lebih setahun tak tengok wayang, dan antara sebab utama aku pergi adalah sebab aku nak tengok wayang free, & nak tengok Anzalna in real life. Muahahahhaha.

Since I’m not the qualified person to judge about this movie, so I rest my case here. But personally, I think this kind of movie fits the Malaysian demand (mostly I guess). Maka dengan itu, jika terdapat kelapangan masa, pergilah tonton cerita ini.

Sebenarnya saya tak boleh komen cerita ini sebab ada Anzalna. Maka, takut ada conflict of interest. Muahahahahaha

Nah sikit gambar Anzalna & Sepah.

Gambar terakhir saya gatal tangan edit sedikit color untuk mencacatkan gambar original. Ini adalah kerana memang tabiat orang sekarang “asalkan tak ori”, mesti jadi cantik.

P/S: Personally, I think Anzalna is not photogenic. But, bila candid photo, memang sweet. Bila jumpa IRL, masyaAllah… Untunglah boyfriend dia… Semua artis ada lalu bebetul sebelah dengan aku, tapi aku terlalu segan untuk bergambar dengan artis. Sumpah!

Ini Fakta – Lelaki dan Perempuan

Ini Fakta! Hanya valid di Malaysia!

Lelaki tidak gay tidak akan dengan sewenang-wenangnya menyatakan yang mereka sayang kawan mereka yang berjantina lelaki juga. Perempuan tidak akan rasa malu untuk mengaku yang mereka sayang kawan mereka walaupun sesama perempuan.

Lelaki tidak akan pimpin tangan kawan lelaki mereka. Tidak sama sekali melainkan mereka orang Nepal. Aku tak tau kejadahnya mat Nepal pimpin tangan sesama lelaki. Sangatlah tidak cool. Perempuan pula kalau pergi pasar pon nak pimpin tangan sesama perempuan. Usahlah dikejadahkan. Itu lumrah.

Tetapi,

Lelaki kurang berminat mendengar muzik dari artis perempuan. Perempuan pula kaki henjut. Lagu laki ke perempuan ke mesti suka. Untung menjadi artis lelaki hensem, walau suara serupa pepuru, tatap menjadi pujaan wanita.

Sebab tu lah banyak band indie lelaki. Nak impress perempuan lah kot. Nak jadi artis lah. Boleh?

Ini Bisnes – Pendapatan CEO Tabung Haji RM85,000

Mode: Formal & Serius

Berkenaan dengan Pendapatan CEO Tabung Haji, Dato Ismee Ismail:-

  • Menerima gaji RM85,000 sebulan.
  • Gaji beliau adalah RM70,000 pada tahun sebelumnya.
  • Menerima bonus RM700,000 pada tahun sebelumya.
  • Ganjaran RM490,000 apabila berakhirnya kontrak.

Pelik juga kenapa pendapatan CEO RM85,000 sebulan dipertikai. Gaji untuk setahun adalah RM1.02 juta, tidak termasuk bonus. Saya pernah bekerja sebagai Akaun Eksekutif dengan sebuah syarikat berskala medium dan juga 3 anak syarikat yang tidak dikenali ramai. CEO membayar ansuran kereta sahaja menggunakan duit syarikat sebanyak RM1.2 juta setahun. Boleh bayangkan berapa pendapatan beliau setahun? Continue reading

Ini Artis – Najwa Latif [Imratul Najwa Abdul Latif]

Ini Artis – Najwa Latif, One In A Million (Cover)

Tanpa diketahui sebab musabab, aku mungkin kelihatan seperti pedo. Tapi suara Najwa Latif ni berhantu. Aku boleh dengar lebih 20x satu malam dengan lagu yang sama.

Usah memasang cita-cita. Aku sudah terlalu tua untuk mendekati remaja. Kenapa tiba-tiba aku terbayang muka Bung Mokhtar?

Ini Azri – Bajet Peribadi – Part 1

Post ini agak formal. Maka dengan itu, kata ganti nama yang sesuai adalah “saya”. Boleh?

Saya sedang menyiapkan sebuah module untuk dikongsikan dengan orang ramai. Module ini dibuat berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri pada tahun 2005 hingga kini. Module berkenaan Bajet Peribadi yang mana secara peribadi, ianya lebih penting berbanding Bajet 2013 Barisan Nasional atau Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat. Kenapa ia lebih penting?

Secara kasarnya, saya pernah menemuramah beberapa orang secara rawak, dan rata-rata akan memberikan figure pendapatan dan perbelanjaan mereka yang berkesudahan DEFICIT!

Ya! Deficit. Sama juga macam bajet kerajaan tiap-tiap tahun.

Tapi kalau peribadi, siapa yang nak tanggung deficit?

Sama ada tersalah figure, atau pinjam duit orang tak bayar. Yang pasti, sah mereka ini tidak pernah kira.

Empat kategori manusia bila bercakap soal wang iaitu:-

  1. Tidak pandai mencari dan menguruskan wang.
  2. Tidak pandai cari wang, bijak mengurus wang.
  3. Bijak mencari wang, tidak bijak menguruskan wang.
  4. Bijak mencari dan menguruskan wang.

Objektif Bajet Peribadi ini adalah untuk mewujudkan masyarakat yang celik aliran tunai.

Sekiranya berminat untuk mengetahui info lanjut, sila ikuti PART 2 yang akan di update kemudian.

Saya akan sebut mengenai Saiful Nang, Shahabudeen Jalil dan Robert Kiyosaki dalam post seterusnya.

Terima kasih

ZUL AZRI – https://iniazri.wordpress.com

Ini Malaysia – Bajet 2013 Yang Menyihatkan

Hai rakyat Malaysia! Anda pasti gembira dengan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kita yang cool dan sempoi pada beberapa hari yang lepas.

Pedulikkan angka juta-juta yang tiada kaitan dengan golongan marhain seperti kita. Yang penting kita harus bersyukur dengan BR1M 2.0 another one-off payment yang akan kita terima tidak lama lagi. Dan lebih menggembirakan golongan bujang, kerajaan akan memberikan RM250 kepada mereka. Moga dapat mengurangkan beban mereka untuk berdepan dengan kadar kenaikan kos perkahwinan yang jauh lebih tinggi dari kadar inflasi di Malaysia. Kami sebagai rakyat yang sentiasa bersyukur, sudah bersedia malah gembira untuk mendengar taklimat pada hari penyampaian bantuan dari kerajaan itu nanti.

Lebih menggembirakan, perkara terpenting dalam kehidupan seharian iaitu smartphone juga diberikan nafas oleh kerajaan yang mana, kerajaan akan memberikan rebate RM200 untuk pembelian telefon pintar untuk golongan muda 30 tahun dan ke bawah. Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim juga telah memohon untuk menaikkan umur golongan penerima RM200 rebate itu kepada 40 tahun. Rakyat didahulukan!!! Terima kasih! Moga tindakan YB akan dapat membuka hati 22,270 rakyat yang berhimpun semasa perhimpunan Bersih yang lepas.

Pesara-pesara tentera tidak lagi perlu menunjukkan punggung di khalayak ramai untuk bersenam dan berniaga dihadapan rumah orang. Mereka kini telah menerima kenaikan pencen dan pelbagai insentif tidak terkira yang diberikan oleh kerajaan. Hak anda terjamin! No more buttshow! Tahniah! Rakyat didahulukan.

Berkenaan dengan pengurangan subsidi gula sebanyak 20sen, saya amat yakin tindakan ini dapat mengurangkan kadar pengidap penyakit kencing manis di Malaysia. Seperti yang dikhabarkan oleh Pengarah KPDNKK Abu Samah Shabudin, ramai pengguna memesan minuman kurang manis, seperti gambar di bawah:-

Rakyat Malaysia bukan sahaja telah celik ekonomi, malah juga celik kesihatan. Kerajaan tidak perlu bersusah payah mengeluarkan kos pengiklanan semata-mata untuk melaksanakan kempen kesihatan. Malah, kerajaan dapat menjimatkan wang untuk pengiklanan, dan pada masa yang sama kerajaan mengurangkan subsidi untuk gula. Its a double profit!

Untuk bajet 2014, diharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk mengurangkan subsidi minyak masak, beras, dan tepung. Ini kerana minyak penyumbang kepada kolestrol dan sakit jantung, beras dan tepung menyumbang kepada rakyat buruk lantak, yang mana secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada kenaikan obesiti. Maka, kerajaan harus mengurangkan subsidi untuk 3 barang tersebut, sekiranya hendak melakukan kempen free with double profit!