Tag Archives: Perbezaan Lelaki dan Perempuan

Ini Fakta – Lelaki dan Perempuan

Ini Fakta! Hanya valid di Malaysia!

Lelaki tidak gay tidak akan dengan sewenang-wenangnya menyatakan yang mereka sayang kawan mereka yang berjantina lelaki juga. Perempuan tidak akan rasa malu untuk mengaku yang mereka sayang kawan mereka walaupun sesama perempuan.

Lelaki tidak akan pimpin tangan kawan lelaki mereka. Tidak sama sekali melainkan mereka orang Nepal. Aku tak tau kejadahnya mat Nepal pimpin tangan sesama lelaki. Sangatlah tidak cool. Perempuan pula kalau pergi pasar pon nak pimpin tangan sesama perempuan. Usahlah dikejadahkan. Itu lumrah.

Tetapi,

Lelaki kurang berminat mendengar muzik dari artis perempuan. Perempuan pula kaki henjut. Lagu laki ke perempuan ke mesti suka. Untung menjadi artis lelaki hensem, walau suara serupa pepuru, tatap menjadi pujaan wanita.

Sebab tu lah banyak band indie lelaki. Nak impress perempuan lah kot. Nak jadi artis lah. Boleh?

Advertisements